Jumaat, 19 Januari 2018

Soccer kids minggu kedua

Kem pembangunan  bola sepak soccer kids pansuria mendapat sambutan yang menggalakkan dan sokongan dari ibubapa.

Rabu, 10 Januari 2018

Jumaat, 5 Januari 2018

Perlawanan Persahabatan Belia Pansuria VS Teratak Pulai

Perlawanan persahabatan telah diatur oleh pihak pengurusan untuk membentuk keserasian antara pemain bagi menghadapi Liga Elit Pasir Puteh tidak lama lagi.
Alhamdulilah...kemenangan memihak kepada Pansuria iaitu 2-0.
Sepanjang perlawanan berlansung, para pemain menunjukkan displin yang tinggi dan mempratikan apa yang telah diajar semasa latihan.

Skuad Belia Pansuria optimis hadapi Liga Elit Pasir Puteh

Skuad Belia Pansuria diperkemaskan lagi dengan latihan berterusan oleh jurulatih hari ni bagi menghadapi Liga Elit Pasir Puteh yang akan bermula tidak lama lagi.
Jurulatih memfokuskan latihan hari ini kepada taktikal dan mengambil berat terhadap situasi apabila mengambil sepakan percuma, membuat benteng dan cara menghalang asakan. Selain itu juga, sepakan sudut juga di titiberatkan supaya para pemain dapat mengetahui apa yang perlu dibuat pada situasi bergitu.
Hari ini juga, skuad Belia Pansuria akan menghadapi perlawanan persahabatan dengan pasukan Pauh Lima Bachok.

Soccer Kids Pansuria FC

Alhamdulilah.Kelab Pansuria Semerak mara setapak lagi dengan mengadakan Soccer Kids untuk kanak-kanak berumur 12tahun kebawah.
Untuk permulaan, soccer kids ini mendapat penyertaan seramai 15 orang.
Diharap dengan adanya Soccer Kids dapat mengcungkil bakat-bakat kanak-kanak sekaligus dapat melahirkan pemain-pemain pelapis untuk masa hadapan.

Jumaat, 29 Disember 2017

Latihan dan persiapan hadapi perlawanan persahabatan

Seperti biasa...setiap jumaat dan sabtu.seawal 7 pagi.sesi latihan dibawah bimbingan cikgu khaidir dan en nazeri serta jurulatih penjaga gol en zaruki.
Latihan ini telah banyak memberi perubahan kepada semua pemain.latihan hari ini sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan persahabatan dengan Pasukan Belia Gong Kepas Besut.
Alhamdulilah.dengan ilmu dan didikan daripada jurulatih menghasilkan kemenangan keatas pasukan Belia Gong Kepas Besut.

Khamis, 28 Disember 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA VETEREN MACHANG

Perlawanan timbal balik antara veteren pansuria dan veteren Machang yang mana perlawanan sebelum ini telah di adakan di Padang Semerak dengan keputusan memihak kepada pihak lawan.
Hari ini perlawanan timbal balik berlansung di tempat lawan iaitu di Padang SMK Hamzah 2, Machang. Keputusan seri 2-2.
Semoga dengan adanya perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.

SESI LATIHAN SKUAD BELIA PANSURIA

Latihan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Belia Gong Kepas Besut

Jumaat, 22 Disember 2017

Sesi Latihan Skuad Belia Pansuria

Latihan bersambung kembali setelah berhenti akibat banjir sebelum ini.
Alhamdulilah...walaupun dalam keadaan hujan..para pemain memberi komitmen yang tinggi sehingga habis latihan.

Soccer kids minggu kedua

Kem pembangunan  bola sepak soccer kids pansuria mendapat sambutan yang menggalakkan dan sokongan dari ibubapa.